MUFFIN COKLAT
Bahan
110 g butter
210 g gula perang
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung [untuk mengelakkan coklat tenggelam]
Cara.
1. Panaskan oven 180′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Bakar selama 20 minit.
9. BIla dah masak sejukkan dan simpan.
Macam2Ada.Blogspot.Com
.
Teka-Teki(Menguji Minda)
Ok,benda ni ,kepala dia bentuknya seperti hujung tombak.
Mempunyai badan yang lurus.
Tidak mempunyai tangan dan kaki tetapi mempunyai punggung.
Funsi punggungnya ialah memperbetulkan kesalahan yang yang dilakukan oleh kepalanya.
Jadi fikirkan secara cermat dan cuba jawab.
Jadi fikirkan secara cermat dan cuba jawab.
Sila jawab dalam komen.
Biawak Ditangkap !
Kelihatan seorang pemuda telah menangkap seekor biawak yang dikhabar memasuki sebuah rumah di Jalan Nanas Barat,Kuching.
Apabila ditanya apa yang akan dilakukan terhadap biawak tersebut,dia menjawab akan membawa balik biawak tersebut untuk dibuat hidangan makan malam.
Ehmmm.........apa dia nak buat dengan biawak tu ye? nak buat kari ke ? panggang ke ?
sup ke? Tapi jangan makan hidup-hidup sydah le !
Apa Itu Biji Kas-Kas?
Kas-kas adalah biji popi yang sudah matang atau masak menjadi perencah penyedap dalam masakan oleh masyarakat India.
Kas-kas digunakan dalam penyediaan nasi beriani dan masakan kari seperti kari kepala ikan.Kas-kas juga digunakan oleh masyarakat India untuk memekatkan kuah kari dan menaikkan rasa kuah tersebut. Kas-kas dihancur halus dan digaul bersama kuah.
Kas-kas juga adalah salah satu bahan dalam indusri pembuatan bahan makanan seperti roti. Ia digunakan dalam penghasilan roti jenis kek dan bread roll di negara-negara Barat dan juga digunakan sebagai bahan perasa dalam salad.
Dari sudut perubatan dan kecantikan, kas-kas digunakan bagi mengurangkan sakit badan. Ia dicampur dengan air dan dijadikan air herba. Kas-kas boleh dijadikan losen badan bagi tujuan melembutkan kulit badan.

DEFINASI PENGIKLANAN
Iklan mempunyai definasi yang sangat luas...,bermula apabila kita memperkenalkan diri sendiri kepada seseorang,pembuatan logo sesuatu produk,penjenamaan produk pakaian,penamaan sesuatu produk seperti :
1)resepi makanan yang baru
2)bangunan baru
3)jambatan baru
4)jalanraya dan lebuhraya yang baru
Kebanyakan iklan-iklan disiar dalam media elektronik dan media percetakan.Dua bidang yang mempraktikan iklan secara meluas ialah perniagaan dan sukan.
Pengiklanan dalam bidang sukan adalah berkosepkan perniagaan juga.Jadi iklan dan perniagaan adalah dua bidang yang berkait rapat.
BIJI HALBA(Fenugreek Seed)
Kita tidak dapat lari daripada menggunakan rempah ratus dalam kehidupan seharian kita.Rempah ratus yang pelbagai jenis mempunyai khasiat-khasiat yang tersendiri.
Antaranya biji halba,yang digunakan dalam masakan kari ikan sebenarnya dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Antaranya biji halba,yang digunakan dalam masakan kari ikan sebenarnya dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Dengan penyedian yang mudah ia dapat memberi manfaat kepada pesakit kencing manis dan darah tinggi.
Caranya ialah,ambil 2 sudu besar biji halba(basuh dahulu),masukkan dalam gelas,kemudian tuangkan air panas mendidih ke dalamnya.
Biarkan kira-kira 1/2 jam.Kemudian minum airnya dengan biji halba tersebut diasingkan.
Biji halba tersebut jangan dibuang,boleh digunakan kembali dengan proses tersebut diulang 2 atau 3 kali.

Biji halba juga adalah antara rempah terpenting dalam penyediaan bubur lambuk dan juga nasi dagang.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)